Monday, 13 September 2010

Memahami bicara Tuhan

Sumpah ramadhan kali ini sangat bererti kepada saya. Maha suci Allah telah menunjukkan kepada saya bahawa Dialah yang mengatur kehidupan. Dengan menurunkan sedikit dugaan kepada saya yang membuatkan kehidupan saya di bulan ramadhan agak huru-hara, saya tetap hadapinya dengan doa yang tak putus2 agar diberikan kekuatan.

Dengan masalah yang saya hadapi, Dia telah menemukan saya dengan seseorang yang saban hari tak jemu berbual dengan saya. Darinya saya rasa saya kembali ke landasan yang saya kira saya agak kesasaran. Saya kira melalui dia, Allah telah hadiahkan sepuluh hari terakhir ramadhan yang bermakna. Dan setelah hampir ke penghujung ramadhan, Alhamdulillah....Allah telah menamatkan penderitaan saya. Saya bagaikan terduduk merasakan bahawa betapa siapalah saya yang selama ini begitu yakin dengan perancangan yang selalu diatur rapi.

Dugaan ini membuktikan kepada saya betapa pentingnya bersabar dan jangan putus asa apabila kita tak dapat apa yang kita mahukan. Perlu yakin bahawa Allah telah sediakan sesuatu yang lebih baik. Dan akhirnya saya tersedar betapa Dia telah 'menegur' saya dengan bahasa yang paling halus...