Semalam teman disini call saya. Dia menyampaikan salam beberapa orang kenalan yang sudah back for good ke negara masing2. Saya rasa terharu kerana ada yang cuma sekali bertemu tapi terasa seperti sudah lama kenal. Saya harap benar agar kehadiran saya memberi kesan dihati mereka.
Hujung tahun ni juga kenalan rapat di Groningen pun sudah mahu back for good. Mujur sekarang saya hidup sendiri2, tidak bergantung dengan teman senegara. Kalau tak tentu kepulangan mereka akan lebih saya rasa.
Beberapa minggu lepas juga saya bertemu dan berpisah. Bila berpisah rasa macam sedih sangat2...rasa macam cuaca mendung sahaja. Ini membuatkan saya tak suka pada pertemuan dan perkenalan. Berpisah juga meninggalkan kesan yang mendalam di hati saya.
Tapi saya rasa lagi kejam kalau kita berpisah dalam diam dan menghilang dalam ada bukan??
Friday, 30 July 2010
Sunday, 25 July 2010
Point update
- dari bulan jun dan mungkin sampai september sumpah saya rasa sangat cepat masa berlalu.
- hidup saya dah tak teratur, sering kena bangun jam 4 pagi untuk kejar bas, bot, train dan juga kapal terbang
- kadang2 saya confuse saya berada di negara dan benua mana akibat terlalu banyak travel
- minggu ini dah masuk minggu ke-3 saya tak makan daging dan ayam akibat menu vegetarian yang saya pilih semasa excursion haritu. Sekarang saya sangat terasa untuk makan daging/kambing/ayam..sangat tak boleh membayangkan hidup sebagai vegetarian untuk sepanjang hayat
- berita baik - perjalanan PhD saya semakin jelas. Baru2 ini meeting dengan SV utama dan ketiga di bawah pokok dalam taman dekat airport Warsaw, Poland. Dengan bantuan mereka, saya berjaya merangka struktur tesis dan juga kursus2 yang saya perlukan sampai tahun akhir. Insya-Allah segala kerja2 pensempelan akan tamat pada tahun depan. Tahun terakhir (iaitu tahun keempat) saya akan tumpukan pada penulisan tesis
- saya pulun buat semua kerja2 luar sebelum masuk bulan puasa, tapi malangnya masih ada kerja yang belum siap. Maka saya akan ke Germany sekali lagi dan akan pulang ke amsterdam petang sehari sebelum lebaran..huhuhu..sedihnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)
