Sunday, 31 October 2010
Saturday, 16 October 2010
Bila diri dah tak berupaya
Pernah tak anda membayangkan bila bangun pagi anda mendapati mata anda tak dapat melihat? Bagaimana pula kalau anda terlibat dalam kemalangan dan anda mengalamai kecacatan kekal seperti kudung tangan/kaki etc.? Dan pernah tak bayangkan kalau anda mendapat penyakit yang serius seperti kanser/kegagalan buah pinggang?
Saya selalu membayangkan bagaimana keadaannya apabila tiba2 saya menjadi golongan kurang upaya. Sungguh saya tak tahu sama ada saya berupaya atau tidak menjalani kehidupan saya seterusnya. Duduk tak berupaya menanti hari dan mengharap agar Tuhan segera mengambil saya supaya tidak berterusan menyusahkan manusia sekeliling saya.
Saya fikir kalau sesuatu terjadi pada saya, mungkin saya boleh mengandalkan mak dan abah saya sementara mereka masih ada. Tapi bila mereka sudah tiada, sungguh saya tak dapat membayangkan keadaan sebab serius saya tak harap kasih adik-beradik atau saudara. Sedangkan ibu bapa yang sakit dan tak berduit pun adik-beradik bertolak nak jaga, inikan pula kakak mereka. Tepatlah sekali dengan bidalan 'kasih ibu membawa ke syurga, kasih saudara ketika berada'. Sekarang sementara kita masih sihat dan berharta, sungguh kita tak dapat lihat 'a true color' of adik beradik kita, selalunya bila susah barulah kita kenal diri mereka. So far saya dah pernah melalui saat getir bersama adik saya dan alhamdulillah kami boleh tolong-menolong. Tapi saya tak tahu lagi pada masa akan datang, sementelah pula bila mereka dah berumah tangga kerana keadaan kadang2 tak sama seperti dulu. Dan bagi anda yang sudah berumahtangga, sejauh mana anda dapat menjamin bahawa pasangan anda akan tetap setia disisi anda ketika anda sudah tak berupaya?
Kita terpaksa akui bahawa agak sukar untuk golongan OKU menjalani kehidupan di Malaysia. Tapi di sini saya tengok segala infrastruktur dibina dengan mengambil kira kepentingan OKU. Bas, struktur jalan-kaki lima dan ada teksi khas untuk OKU. Jadi OKU masih lagi boleh meneruskan kehidupan mereka dan berdikari. Kita boleh lihat ada OKU yang masih boleh bersiar2 sendirian sambil bawa tong oksigen yang bersaiz mini. Jadi kalaulah benar kerajaan kita merupakan kerajaan yang mendahulukan rakyat, saya pasti kementerian yang berkaitan akan cuba menyelesaikan masalah2 tipikal OKU di negara kita...tapi anda boleh nilai sendiri prestasinya...dengan sayarat..buat kajian dari pelbagai sumber. Tak perlulah kajian yang melibatkan soal selidik bagai, cukuplah dengan bahan bacaan dan menonton kembali laporan2 dari program majalah di TV.
Motif saya menukilkan disini?
Tadi semasa saya membeli-belah keperluan dapur saya sedikit annoyed dengan sorang perempuan ni yang kelihatan agak slow pergerakkanya menolok troli dengan tangan yang sekejap2 kelihatan menyeluk poket. Terus saya terdetik kot2 dia ni mencuri barang. Terus saya overtake beliau dan berlalu dari situ. Bila tiba kat kaunter nak bayar, dia sudah berdiri di depan saya. Tak lama kemudian barulah saya sedar yang yang sebelah tangannya mengalami sedikit kelainan dan itu membuatkan pergerakan dia sangat perlahan.
Dia keluar dari kedai itu dengan melemparkan senyuman kepada saya yang membuatkan hati saya menjadi luluh....
Astaghfirullah...ampunkan hambaMu yang khilaf ini ya Tuhan....
nota selitan: owhhh..tolonglah pak2 menteri..kami tak perlukan menara lagi...sila pulihkan dulu negara kita economically and socially..

Subscribe to:
Posts (Atom)