Friday, 30 July 2010

Bertemu dan berpisah

Semalam teman disini call saya. Dia menyampaikan salam beberapa orang kenalan yang sudah back for good ke negara masing2. Saya rasa terharu kerana ada yang cuma sekali bertemu tapi terasa seperti sudah lama kenal. Saya harap benar agar kehadiran saya memberi kesan dihati mereka.

Hujung tahun ni juga kenalan rapat di Groningen pun sudah mahu back for good. Mujur sekarang saya hidup sendiri2, tidak bergantung dengan teman senegara. Kalau tak tentu kepulangan mereka akan lebih saya rasa.

Beberapa minggu lepas juga saya bertemu dan berpisah. Bila berpisah rasa macam sedih sangat2...rasa macam cuaca mendung sahaja. Ini membuatkan saya tak suka pada pertemuan dan perkenalan. Berpisah juga meninggalkan kesan yang mendalam di hati saya.

Tapi saya rasa lagi kejam kalau kita berpisah dalam diam dan menghilang dalam ada bukan??

No comments: