Pasaipa aku asyik tukar alamat blog saja?
Ada sebabnya..bukan suka2..tapi harap kawan2 semua bersabar..because you know, it takes some time to heal your heart. InsyaAllah aku tak simpan dendam pada sapa2, cuma sumpah..aku cukup trauma dengan apa yang dah berlaku.
Dan semenjak dua menjak ni agak 'liat' nak update blog walhal banyak sangat benda yang aku nak nukilkan. Kalaula ada alat yang boleh catatkan benda yang kita fikirkan dan zahirkan dalam bentuk tulisan secara otomatik...tapi macamtulah manusia nikan. Selalu harap benda2 yang memudahkan kita. Tapi bila dunia semakin banyak benda dan perkara yang mudah dan memudahkan, sebenarnya semakin rencam kehidupan kita sebenarnya.
So hari ni?
Alhamdulillah..semalam aku berjaya melalui aidil adha diperantauan dengan jayanya. Walau tak semeriah mana, tapi cukuplah sekadar dapat melekakan aku seketika. Cuma sedih dengan 3rd generation muslim kat sini yang langsung tak tau apa2 pasal aidil adha. Bagi depa takde makna pun eid mubarak.
Harini benda yang aku nak share, mungkin tak beberapa relevan untuk kebanyakan teman2..tapi sangat2 berguna untuk orang yang macam aku.
Pagi tadi tiba2 aku terasa rindu nak dengar motivasi dari Dr Fazilah Kamsah. Cari punya cari kat youtube, akhirnya aku terjumpa dengan siri forum Petua Mencari Pasangan oleh Dr FK dan juga Dr Mashitah Ibrahim dengan Aziz Desa sebagai perantara. Sebenarnya aku dah tengok dah, tapi suka nak tengok sekali lagi bagi menaikkan kembali semangat dan harapan yang pudar.
Antara point yang menarik bagi aku:
-Lelaki memang tak dinafikan memang banyak pilihan dalam mencari pasangan, tapi hakikatnya perempuan juga BANYAK pilihan -ini yang ditegaskan oleh DFK. Pilihan yang perempuan ada ialah meyucikan hati, memaafkan semua orang, melakukan solat2 sunat dll.
-Bila sebut solat istikharah kita otomatik akan teringat pasal nak buat pilihan antara dua orang, tapi sebenarnya istikharah harus dilakukan setiap hari sebab saban hari kita kena buat pilihan. Jadi kalaula istikharah tu jadi amalan harian, pasti setiap keputusan kita tu betul2 didorong oleh kuasa dari langit kan?
Yang lain2 tu seperti buang stigma 'perigi cari timba', luaskan pergaulan dan lain2 tu aku tak minat sangat nak ulas. Tapi aku tertarik dengan satu tips DFK camne kalau kita nak bagitau si dia yang kita minat kat dia secara personally tapi penuh bermaruah. Menarik kan? Kalau nak tau sila cari senirik..hehehe..
So...we go to serious talk..
Memang kadang2 panik juga bila teringat akan usia yang semakin meningkat tapi masih tidak punya pendamping disisi. Tambahan pula diterjah dengan soalan2 dari manusia2 yang kureng sensitiviti...kadang2 disoalnya macam aku ni sengaja memilih untuk tidak mencari pasangan dan mengejar status akademik. Sampai ada sorang sedara aku ni penah kata kat aku "..tiap kali jumpa hang ni asyik sambung belajaq ja..hah belajaqla sampai ke tua.." memang la kalau dibaca ayat diatas macam takda apa2kan. Syukurlah orang dah doa supaya kita menjadi antara golongan yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai mereka yang menuntut ilmu hingga ke liang lahad. Tapi kalau kamu dan kamu berada pada masa kejadian..aduhhh..merah jugala muka..tapi aku boleh sabar lagi kalau makcik2 yang tanya camtu. Tapi...kalaula kawan senirik yang tanya...heh...memangla...
Kalau dia kata " adik dah kawen..yang kita bila pulak?"
Nak je aku jawab " tak lama dah..tapi awak nak ke jadi madu saya?" hah..tak terkedu kau..
So inginla aku bagitau kat sini kepada kamu, kamu, kamu dan juga kamu...golongan seperti aku ni bukannya taknak kawen. Kami ni tiap2 tahun letak 'nak menamatkan zaman bujang' sebagai salah satu azam baru tiap2 tahun. Kami juga tak pernah menolak andainya dikenalkan dengan mana2 lelaki. Kalau kamu nak kata aku ni jenis tak bergaul..heh..silap besar la. Silalah tengok sijil kokurikulum aku..dari askar wataniah, panjat gunung (ni aktiviti2 lasak dimana memang kaum lelaki ramai) hingga ke sajak, debat segala bagai semua aku join. Aku ingat lagi pada satu pertandingan sajak, salah seorang hakim tiba2 perkenalkan anak saudara dia kat aku selepas tamat pertandingan, dan kami berhubungan seketika, tapi akhirnya tak jalan jugak (hah hamek kau..habeh segala cerita lama aku bawa keluar). Ni semua bukti yang aku bukannya manusia anti-sosial. So please...please watch your words...
Tapi bagi aku, aku yakin yang perancangan Allah adalah yang paling sempurna. Mungkin dengan lambatnya aku bertemu jodoh menjadi asbab aku dipermudahkan 'terbang' kesana kemari untuk menigkatkan taraf hidup aku dan keluarga. Dan antara yang lain......
Min: kak ron, kak ron nak cari lelaki yang macam mana (perbualan dalam kelam selepas menunaikan solat subuh)
aku: (heh minah ni..mamai ke apa subuh2 ni, tapi aku jawab jugakla nak jaga hati kawan)..bagi akak..cukuplah setakat lelaki tu mempunyai matlamat yang sama dengan akak, akak nak dia juga berazam dan berusaha sama2 akak untuk mengamalkan Islam sebagai cara hidup dalam keluarga kami...
Min: baguihla hang kak ron..tu pasai Danish suruh aku kawan ngan hang..
aku: (sahla dia ni mamai..)
.....mungkin Allah sedang menunaikan permintaan aku iaitu dengan menemukan lelaki yang sama kepercayaan dan inspirasi dengan aku..dimana sekarang ni ternyata amat payah untuk ditemui.....