Insan yang bergelar bapa jarang didendangkan maupun dinukilkan dalam puisi berbanding sang ibu. Namun tiada bapa maka tiadalah kita. Maka sempena hari bapa, saya mengambil kesempatan ini untuk membuat nukilan khas untuk lelaki2 dalam hidup saya.
Yang pertama adalah untuk abah saya. Abah saya seperti majoriti lelaki2 di Malaysia, tidak pernah mengekspresikan sayangnya secara verbal. Namun saya tahu, abah sayangkan kami walaupun abah tak pernah menyatakannya.
Terima kasih abah kerana mengajar saya menjadi seorang yang berdikari. Abah membentuk saya menjadi seorang perempuan yang berani menyahut cabaran. Abah tak pernah menentukan arah hidup anak2nya. Mungkin sejarah abah dahulu telah mengajar abah sebegitu. Mulanya saya amat kecewa dan marah. Namun lama kelamaan saya sedar, abah telah mengajar saya untuk menjadi seorang yang berani dan bijak dalam membuat pilihan. Dan saya rasa nilai inilah yang paling agung yang membuatkan saya benar2 menghargai dan merasai kegembiraan kehidupan saya.
Lelaki ke-2 dalam hidup saya adalah arwah tok wan yang telah pergi meninggalkan kami hampir dua tahun lepas. Insan yang sangat saya rindu siang dan malam. Tok wan yang banyak menerapkan nilai kehidupan dan kekeluargaan. Ada sesal yang masih terbuku dihati ini, yang menghukum saya bertahun2. Sering dalam keriuhan kami berkumpul, saya dapat merasakan tok wan tetap ada bersama kami. Duduk di atas sofa di ruang tamu menanti masuknya waktu solat dan mengingatkan kami untuk segera menunaikan solat. Entah mengapa saya rasa seperti dia masih ada dan menanti kepulangan saya. Dan saya hampa apabila dia tiada di pondok kegemarannya apabila saya pulang tahun lepas, terlupa yang dia telah tiada. Namun sekali-sekala dia tetap datang melawat saya lewat mimpi2, tersenyum tenang dan mengingatkan saya untuk teguh berpegang di tali Allah. Aduhhh....betapa rindu itu mendera perasaan ini. Semoga doa ini menjadi penghubung kasih sayang antara saya dan tok wan yang tak pernah pudar.
Sunday, 20 June 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment