Monday, 13 September 2010

Memahami bicara Tuhan

Sumpah ramadhan kali ini sangat bererti kepada saya. Maha suci Allah telah menunjukkan kepada saya bahawa Dialah yang mengatur kehidupan. Dengan menurunkan sedikit dugaan kepada saya yang membuatkan kehidupan saya di bulan ramadhan agak huru-hara, saya tetap hadapinya dengan doa yang tak putus2 agar diberikan kekuatan.

Dengan masalah yang saya hadapi, Dia telah menemukan saya dengan seseorang yang saban hari tak jemu berbual dengan saya. Darinya saya rasa saya kembali ke landasan yang saya kira saya agak kesasaran. Saya kira melalui dia, Allah telah hadiahkan sepuluh hari terakhir ramadhan yang bermakna. Dan setelah hampir ke penghujung ramadhan, Alhamdulillah....Allah telah menamatkan penderitaan saya. Saya bagaikan terduduk merasakan bahawa betapa siapalah saya yang selama ini begitu yakin dengan perancangan yang selalu diatur rapi.

Dugaan ini membuktikan kepada saya betapa pentingnya bersabar dan jangan putus asa apabila kita tak dapat apa yang kita mahukan. Perlu yakin bahawa Allah telah sediakan sesuatu yang lebih baik. Dan akhirnya saya tersedar betapa Dia telah 'menegur' saya dengan bahasa yang paling halus...

Monday, 9 August 2010

Hilang

Bila kita kehilangan sesuatu, Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih bermakna...benarlah..Dia terlalu dekat dengan hambaNya....

InsyaAllah, Ramadhan kali ini saya berazam untuk menjadi lebih kuat. Banyak ujian yang dah saya tempuh tanpa saya sedari. Result??? Hanya Dia yang tahu sebab Dialah yang punya kuasa menilai.

Saya sendiri tak tahu apa keputusannya. Saya sudah bersedia untuk menerima kedatangan Ramadhan. Mungkin ada cerita dan kisah menarik yang akan berlaku pada Ramadhan kali ini. Apapun yang terjadi, saya takkan menoleh belakang lagi. Setiap benda yang bakal berlaku akan saya nikmati, tak kisahlah sama ada pahit apa ntah lagi manis.

Salam Ramadhan buat semua, mohon maaf atas kekhilafan yang telah melukai anda.

Friday, 30 July 2010

Bertemu dan berpisah

Semalam teman disini call saya. Dia menyampaikan salam beberapa orang kenalan yang sudah back for good ke negara masing2. Saya rasa terharu kerana ada yang cuma sekali bertemu tapi terasa seperti sudah lama kenal. Saya harap benar agar kehadiran saya memberi kesan dihati mereka.

Hujung tahun ni juga kenalan rapat di Groningen pun sudah mahu back for good. Mujur sekarang saya hidup sendiri2, tidak bergantung dengan teman senegara. Kalau tak tentu kepulangan mereka akan lebih saya rasa.

Beberapa minggu lepas juga saya bertemu dan berpisah. Bila berpisah rasa macam sedih sangat2...rasa macam cuaca mendung sahaja. Ini membuatkan saya tak suka pada pertemuan dan perkenalan. Berpisah juga meninggalkan kesan yang mendalam di hati saya.

Tapi saya rasa lagi kejam kalau kita berpisah dalam diam dan menghilang dalam ada bukan??

Sunday, 25 July 2010

Point update

  • dari bulan jun dan mungkin sampai september sumpah saya rasa sangat cepat masa berlalu.
  • hidup saya dah tak teratur, sering kena bangun jam 4 pagi untuk kejar bas, bot, train dan juga kapal terbang
  • kadang2 saya confuse saya berada di negara dan benua mana akibat terlalu banyak travel
  • minggu ini dah masuk minggu ke-3 saya tak makan daging dan ayam akibat menu vegetarian yang saya pilih semasa excursion haritu. Sekarang saya sangat terasa untuk makan daging/kambing/ayam..sangat tak boleh membayangkan hidup sebagai vegetarian untuk sepanjang hayat
  • berita baik - perjalanan PhD saya semakin jelas. Baru2 ini meeting dengan SV utama dan ketiga di bawah pokok dalam taman dekat airport Warsaw, Poland. Dengan bantuan mereka, saya berjaya merangka struktur tesis dan juga kursus2 yang saya perlukan sampai tahun akhir. Insya-Allah segala kerja2 pensempelan akan tamat pada tahun depan. Tahun terakhir (iaitu tahun keempat) saya akan tumpukan pada penulisan tesis
  • saya pulun buat semua kerja2 luar sebelum masuk bulan puasa, tapi malangnya masih ada kerja yang belum siap. Maka saya akan ke Germany sekali lagi dan akan pulang ke amsterdam petang sehari sebelum lebaran..huhuhu..sedihnya..
Okey, sekian terima kasih.

Wednesday, 30 June 2010

Van jou

Saya baru pulang dari fieldwork. Rasa sangat letih. Muka saya memang dah jadi dayang senandung. Setiap hari keluar ke kawasan kajian dari jam 8 pagi dan pulang ke rumah jam 10.30 malam. Tupun nasib sebab sejuk, kalau tak sejuk agaknya sampai jam 11.00 malam kami bekerja.
Sampai di Amsterdam setelah hampir 6 jam perjalanan sangat melegakan. Mujur sempat kemas rumah sebelum pergi, jadi bila pulang dalam keletihan begini terasa damai..home sweet home.
Cuma masalahnya sekarang adalah saya terasa sunyi kerana tiada siapa dirumah. Tiba2 terngiang2 suara Malvin, kenalan baru saya, di kepala: "you should find some time for looking someone to share your life with"
Yes it's true...it is all about time....

Sunday, 20 June 2010

Dari saya

Insan yang bergelar bapa jarang didendangkan maupun dinukilkan dalam puisi berbanding sang ibu. Namun tiada bapa maka tiadalah kita. Maka sempena hari bapa, saya mengambil kesempatan ini untuk membuat nukilan khas untuk lelaki2 dalam hidup saya.

Yang pertama adalah untuk abah saya. Abah saya seperti majoriti lelaki2 di Malaysia, tidak pernah mengekspresikan sayangnya secara verbal. Namun saya tahu, abah sayangkan kami walaupun abah tak pernah menyatakannya.
Terima kasih abah kerana mengajar saya menjadi seorang yang berdikari. Abah membentuk saya menjadi seorang perempuan yang berani menyahut cabaran. Abah tak pernah menentukan arah hidup anak2nya. Mungkin sejarah abah dahulu telah mengajar abah sebegitu. Mulanya saya amat kecewa dan marah. Namun lama kelamaan saya sedar, abah telah mengajar saya untuk menjadi seorang yang berani dan bijak dalam membuat pilihan. Dan saya rasa nilai inilah yang paling agung yang membuatkan saya benar2 menghargai dan merasai kegembiraan kehidupan saya.

Lelaki ke-2 dalam hidup saya adalah arwah tok wan yang telah pergi meninggalkan kami hampir dua tahun lepas. Insan yang sangat saya rindu siang dan malam. Tok wan yang banyak menerapkan nilai kehidupan dan kekeluargaan. Ada sesal yang masih terbuku dihati ini, yang menghukum saya bertahun2. Sering dalam keriuhan kami berkumpul, saya dapat merasakan tok wan tetap ada bersama kami. Duduk di atas sofa di ruang tamu menanti masuknya waktu solat dan mengingatkan kami untuk segera menunaikan solat. Entah mengapa saya rasa seperti dia masih ada dan menanti kepulangan saya. Dan saya hampa apabila dia tiada di pondok kegemarannya apabila saya pulang tahun lepas, terlupa yang dia telah tiada. Namun sekali-sekala dia tetap datang melawat saya lewat mimpi2, tersenyum tenang dan mengingatkan saya untuk teguh berpegang di tali Allah. Aduhhh....betapa rindu itu mendera perasaan ini. Semoga doa ini menjadi penghubung kasih sayang antara saya dan tok wan yang tak pernah pudar.

Monday, 7 June 2010

Is this what you called hiatus?

I am wondering why is 24hr per day not enough for me during this spring/summer? As I am typing this entry, I just had my dinner half an hour ago and now it is already 22.00. Summer is on the way (in two weeks time), but when it is hot, it really hot. I am easily get migraine and easy get cranky which is in contrast with dutch where they will whistling happily during sunny day. Working in the lab, and sometimes disappear to the beautiful island here make my week very2 busy. Then you will understand why people here appreciate their weekend so much including me.

Okey..gonna stop complaining about my busy life (and also about the weather) because I already know what is the fact..I am not the only person on earth that having a very busy life. I am still a single lady...no husband to take care off and no kids to look after and in fact I have nobody here that craves my attention or my loves. So that's why I never stop thanks to Allah for this opportunity...He gives me this chance to pay fully attention to my study and to enjoy this beautiful life.

Actually many things had happened in my daily life..new experience and new adventure in the new chapter of my life. I feel sorry for myself for letting them goes without being documented in here. But I really don't have any feeling right now to share with you guys in here, dunno why. May be it is all about the sincerity, honest, understanding etc2...and don't blame me if my writing then not from the bottom of my heart anymore because if you know me, it is really not me.

Well guys, at least you know that I am still doing fine right? ;)